Friday 17 October 2008

Program 24 Ramadhan 1429 H - 24 Sept 08


Dalam video klip ini satu paparan program kebajikan penulis bersama rakan untuk menimba pengalaman yang menakjubkan iaitu di Changlon parlimen Kubang Pasu , Kedah seramai 156 orang india masuk ahli kelab penyokong Pas dan mereka juga yang dhaif mendapat bantuan. Bismillah Masya Allah, malu rasanya orang melayu dan muslim pun ada yang belum jadi ahli Pas, sedihnya....lepas ni jadi ahli terus.

Teks Doa Abu Darda'

Doa ini disuruh oleh nabi s.a.w mengamalkannya selepas solat subuh. sahabat nabi yang bernama Abu darda' rajin mengamalkan doa ini sehingga suatu masa rumah di sekelilingnya terbakar tetapi rumah beliau tidak terbakar. Kelebihan mengamalkan doa ini ialah terpelihara diri dan harta benda, insya' Allah.
اللهم أنت ربي لاإله إلا أنت عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم ما شاء الله كان و ما لم يشأ لم يكن لا حول و لا قوة إلا بالله العلي العظيم أعلم أنك على كل شيء قدير و أن الله قد أحاط بكل شيء علما اللهم إني أعوذ بك من شر نفسي و من شر كل دابة أنت آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم

Doa Abu darda'

Video klip bacaan doa Abu Darda'

Teks Doa Penawar Segala Penyakit

Contoh Bacaannya boleh dirujuk Pada Video Klip, Teks doanya seperti berikut ;
ربنا الله الذي في السماء تقدس اسمك أمرك في السماء و الأرض كما رحمتك في السماء فاجعل رحمتك في الأرض واغفر لنا حوبنا و خطايانا أنت رب الطيبين أنزل رحمة من عندك و شفاء من شفائك على هذا الوجع
Cubalah amlakan doa ini untuk menyembuh penyakit rohani dan jasmani.

Video klip" Doa penawar segala penyakit"

Saturday 11 October 2008

Video klip rawatan gangguan makhluk halus

Kisah ni walaupun tak seram sangat tapi sekadar papran ringkas rawatan gangguan makhluk halus yang menimpa seorang pembantu rumah. Makhluk halus yang mengganggunya itu menyebabkan dia membisu dan menangis serta menggeletar bila mendengar ayat-ayat jampi dan doa. Rawatan mengambil masa setengah jam tapi klip video ni saya cut sikit.

Friday 10 October 2008

Petua Bagi Orang Yang Tercekik Tulang

Ada petua untuk orang yang tercekik tulang supaya tulangnya terlepas. Petuanya ;

1- Ambil air zam-zam atau mineral atau air tapis dan baca Bismillah dan ayat berikut kemudian hembus pada air tersebut dan minum, ayat tersebut ialah ;

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِيْنًا
Maksudnya : " Sesungguhnya kami (Allah) memberikan kemenangan kepada kamu (Rasulullah) dengan kemenangan yang nyata".
Ayat ini boleh dibaca berulang-ulang kali.
2- Boleh juga mengambil seekor kucing dan pegang tangannya dan letak pada leher yang tercekik tulang kemudian digerakkan dari atas ke bawah sebagaimana seekor kucing yang tercekik tulang yang menggosok-gosok tangannya ke leher. Selamat mencuba.