Sunday 24 June 2007

ahli sihir

Syaitan atau jin akan menyuruh manusia menjadi hambanya dengan menuruti perintahnya.Ini bererti manusia telah menjadi hamba dan khadam syaitan atau jin dan bukan sebaliknya sebagaimana yang selalu kita dengar.Antara syarat-syarat makhluk terkutuk ini untuk membantu tukang sihir atau dukun ialah ;
1- Mengenakan perjanjian khusus untuk menjaga rahsia bahawa ia telah bersekutu dengan syaitan atau jin.
2- Berpuasa secara khusus untuk syaitan tersebut dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepadanya melalui ibadat tersebut bukannya kerana Allah.
3- Menyembelih untuk syaitan dan berniat serta menyebut namanya.
4- Menulis ayat al-Quran dengan najis spt darah haid,darah burung yang tertentu dsb atau menulisnya secara terbalik.
5-Tukang sihir tidak bersuci badan dan bajunya.
6- Mengoyakkan mushaf, meletakkannya di tapak kasut dan membawa ianya ke dalam tandas.
7- Berpakaian yang bernajis dan terbalik
8- Bersuci dengan air susu dan memijak al-Quran dengan tapak kasut
9- Berzina dan menulis ayat al-Quran secara terbalik dengan air najis.
10- Membuat tangkal yang dibaca oleh jin kepada tukang sihir dan ditulis dengan air mani zina.
11- Membuat pertemuan dengan makhluk tersebut di tempat dan waktu yang tertentu.
PERINGATAN : "Kerja sihir adalah kufur dan Tukang sihir adalah kafir".

2 Comments:

At 5 March 2008 at 06:33 , Blogger rozana said...

Salam ustaz, adakah makcik Syifa' merupakan jin Islam atau tidak. Menurut bapa saya makcik Syifa' adalah isterinya yg ketiga dan berumur lebih kurang 38-39 thn.Beliau selalu menelefon bapa saya jika ada sesuatu yg buruk akan berlaku pada ibu saya (mami)hingga kini. Beliau juga tahu apa yg berlaku pada saya.Anak bapa saya dan makcik Syifa' Bukhari & Hanbali (15 thn) ada di Egypt.Mama saya nak sgt kalau ustaz dtg dan bercakap dgn bapa saya supaya kami blh menyelesaikan permasalahan saya. Saya bimbang tidak berdaya menanggung segala gangguan ini kerana saya cuma insan biasa yg punya tahap kesabaran yg tertentu.Utk menyatakan hal yg sebenar ttg saya dan ustaz saya beberapa kali terpaksa bersabung nyawa. Bapa saya memahami apa yg saya ceritakan ttg perkaitan antara saya & ustaz. Saya yakin antara bapa saya & ustaz juga ada perkaitan. Jgn biarkan saya seorang diri menghadapi dugaan ini..Terimakasih atas segala bantuan ustaz Moga Allah SWT membalas segala jasa ustaz pada saya.

 
At 25 March 2010 at 02:32 , Blogger Zachary Iman said...

apa cerita makcik syifa' ni.. boleh update

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home