Monday 27 August 2007

Pendinding

Rumah yang mudah dimasuki Iblis dan syaitan atau kuncu-kuncunya adalah rumah yang dihuni oleh orang yang jiwanya kosong dari mengingati Allah. Maka rumahnya dianggap sebagai rumah yang sunyi dari zikrullah. Oleh yang demikian bagi penghuni-penghuni mana-mana rumah dan kawasan hendaklah sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran dan sentiasa menghidupkan hati dengan zikrullah dan menghadiri majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah agar rumahnya dan dirinya terpelihara dari gangguan makhluk tersebut.Di dalam surah al-mukminun ayat 97-98 ada terdapat doa dari gangguan tersebut yang boleh diamalkan.
Apa yang menyedihkan saya sebagai perawat yang sekali sekala dijemput ke rumah pesakit atau rumah yang berpenyakit ialah terdapat banyak perkara - perkara yang menjadi kesukaan iblis dan syaitan seperti ;
1- Alat muzik seperti gitar yang menjadi kesukaan orang yang fasik dan piano menjadi alat muzik rasmi gereja.
2- Jam loceng besar yang bunyi locengnya hampir sama dengan loceng gereja.
3- Rumah yang sentiasa dimainkan bunyi-bunyian muzik.
4- Tuan rumah yang nampak angkuh dan takbur terutama ketika bercakap dan melayani tetamu lebih-lebih lagi tetamu yang bertaraf ahli ilmu.
5- Tuan rumah yang tidak mengambil berat soal-soal agama seperti mendedah aurat, menggantung gambar para artis di bilik anak-anak remaja dan sebagainya.
6-Terdapat patung yang menjadi hiasan samada di dalam atau pun di luar rumah.
Oleh yang demikian bagi pembaca laman blog ini hendaklah menyedari betapa teruknya sifat mengabaikan jiwa dan rohani dari menghampiri diri kepada Allah serta mentaati perintahnya.

1 Comments:

At 5 March 2008 at 06:23 , Blogger rozana said...

Salam ustaz. Bagaimana dgn rmh saya? Baru2 ni saya pulang ke rumah & mendapati gambar org2 yg terdapat disekeliling ka'abah yg saya tampal di surau dikoyak oleh seorang ustaz yg menurut suami saya pengikut Dato' Haroun Din. Gambar2 patung tiada tapi gambar2 perkahwinan & anak2 juga tidak dibenarkan. Betul ke ustaz? Saya takut nak kembali ke rumah saya macam ada benda yg sering mengganggu saya. Saya lebih tenang tinggal di Kepong tapi amat merindui anak2 saya Mardhiah, Mu'az & Muhammad. Walaupun Muhammad sentiasa bersama saya ada ketika dia mengikut suami saya pulang. Anak2 yg lain masih bersekolah jadi cuma hujung minggu atau cuti sekolah sahaja bersama saya.Saya cuma mampu bersabar dan menyerahkan segala percaturan hidup kepada Allah (SWT) yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home