Wednesday 5 December 2007

KAEDAH MENGUBATI RASUKAN

Orang yang pernah dirasuk boleh mengamalkan amalan-amalan di bawah ini :
1- Banyak membaca ayatul kursiy
2- Banyakkan membaca Surah al-Falaq dan al-Nas.
3- Beristighfar 100 x
4- Bismillah 100 x
5- La ilaha illallah 300 x
6- Allah 300 x
7- Selawat 100 x
Amalan ini dilakukan selepas solat subuh.

KAEDAH MEMBATALKAN SIHIR

Terdapat dua kaedah untuk membatalkan ilmu sihir iaitu ;
1- Dengan menggunakan ilmu sihir juga iaitu menggunakan khidmat jin atau syaitan.Perbuatan seperti itu dilarang syarak dan hukumnya syirik dan haram.
2- Dengan membaca beberapa potongan ayat-ayat al-Quran kepada air yang bersih seperti mata air, air bukit, sungai, air zam-zam dan seumpamanya, kemudian ditiup pada air itu untuk diminum dan digunakan untuk mandi. Ayat-ayat tersebut ialah ;
a- Surah Yunus : 81-82.
b- Surah al-A'raaf : 118-120.
c- Surah Taaha : 69.
Cara yang kedua ini dibenarkan oleh syarak.