Tuesday 22 April 2008

Pengalaman yang menakutkan.....

Pernah suatu ketika sedang aku memandu pulang dari rumah seorang pesakit yang sakitnya agak kronik.....lebih kurang gangguan makhluk halus. Nak ubat dia saja ambik masa lebih kurang dua jam. Dah tu waktu tangah malam balik pulak sorang2 , jam dah menunjukkan pukul dua pagi. Aku pun berangkatlah pasal esok nak kerja. Dalam perjalanan pulang aku bukalah radio nak bagi hilang ngantuk masa tu rabbani pulak menyanyikan lagu intifada.....baik punya tarik tapi yang pelik dalam radio aku dengar macam ada suara panggil aku....jap lagi suara tu kat belakang aku...seram juga....apa lagi aku buka tingkap kereta dan baca kuat2 ayat 115-118 surah al-mukminun banayk kali juga lepas tu baru rasa lega.....itulah kelebihan ayat tersebut untuk halau tetamu2 yang tak diundang tu. Korang pun apa lagi tunggu2 cubalah....jangan tak cuba.

Khasiat Surah al-'Asr

Surah ini memberi pesan kepada kita orang yang beruntung dan tidak rugi ialah orang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan yang baik dan benar dan berpesan-pesan supaya bersabar dalam menjalankan perintah Allah. Tetapi ia mempunyai khasiat yang lain iaitu jika digantung surah ini di empat penjuru rumah InsyaAllah barang-barang di dalamnya selamat dari kecurian.Tapi kalau tinggalkan rumah mesti kunci dulu baru tawakkal.

Khasiat Surah al-Quraisy

Surah ini mengandungi khasiatnya yang hebat. Antaranya ialah jika dibaca sebelum makan sesuatu kerana bimbang makanan itu boleh membawa kemudaratan seperti penyakit dan keracunan maka bacalah surah ini. InsyaAllah selamat.

Tuesday 15 April 2008

Pengalaman Yang Tak Ku Lupakan

Pada 22.2.08 aku menempah tiket flight ke Pulau Pinang. Sampai di sana malam. Biasalah masa baru sampai ada orang yang menunggu aku di airport. Selepas makan malam aku dan lagi 2 orang (orang penang) menuju ke rumah pesakit yang katanya dia sakit sebab kena sihir. Selepas lebih kurang 3 jam aku mengubatinya aku pun pulang ke hotel.....masa tu jam 12 malam. Samapi di hotel aku pun masuk ke bilik air dan berwudhu' tiba - tiba terdenagr bunyi orang ketuk tingkap bilik air. Setahu aku tingkap tu bukan boleh orang berdiri kat situ kalau ada orang nak sakat pun. Sebab tingkap tu tinggi dan aku tinggal kat tingkat 19. kalau bukak tingkap pun nampak ke bawah jauh tu ........rupa-rupanya akau kena skat dengan benda tu......meremang juga bulu roma, mujurlah dalam handset aku ada mp3 surah yasin.....alhamdulillah lena lepas tu.

Doa di kala susah

بسم الله الرحمن الرحيم

بِسْمِ الله عَلَى نَفْسِي وَ مَالِي وَدِيْنِيْ اَللَّهُمَّ Justify Fullرَضِّنِي بِقَضَائِكَ وَ بَارِكْ لِيْ فِيْمَا قُدِّرَ لِيْ حَتَّى لاَ أُحِبَّ

تَعْجِيْلَ مَا أَخَّرْتَ وَ لاَ تَاْخِيْرَ مَا أَجَّلْتَ
Ertinya : "Dengan nama Allah ke atas diriku, hartaku dan agamaku, Ya Allah jadikanlah aku redha dengan qadakmu dan berkatilah segala yang ditakdirkan kepada ku sehingga tidak aku suka dipercepatkan apa yang engkau lambatkan dan dilambatkan apa yang engkau percepatkan"

Bacalah doa ini ketika hendak keluar rumah

Boleh diamalkan untuk orang yang keluar mencari rezeki dan membuat sesuatu urusan

Bagi orang yang yang hendak bertemu orang zalim dan yang jahat hendaklah membaca 50 x al-Fatihah selepas solat subuh dan membaca doa tersebut ketika keluar rumah dan ketika sampai di hadapan si zalim itu bacalah al-fatihah beberapa kali dan hembus perlahan-lahan ke arahnya.

Sunday 13 April 2008

Awas Badi Orang Mati

Badi orang mati adalah berkaitan dengan gangguan makhluk halus. Setelah ada kematian seseorang maka qarin simati yang memang wujud pada setiap orang akan mengganggu orang yang lemah. Qarin atau teman atau dipanggil pedamping yang memang dicipta oleh Allah pada setiap insan yang lahir ke muka bumi. Ia adalah sejenis makhluk halus yang mana ulamak berselisih pendapat mengenainya. Ada yang berpendapat ia adalah jin dan ada yang berpendapat ia adalah syaitan. Seseorang yang melakukan amalan yang baik akan dihampiri oleh para malaikat manakala yang banyak melakukan kejahatan akan didampingi oleh makhluk tersebut. Jadi qarin ini boleh jadi ia kuat atau lemah berdasarkan diri seseorang.
Badi juga terdapat pada haiwan terutama haiwan yang dipelihara oleh jin yang biasanya tinggal di dalam hutan. Rusa, kijang, ayam hutan dan sebagainya adalah merupakan haiwan yang dipeliharai oleh makhluk tersebut untuk dimakan najisnya.
Seseorang yang terkena badi atau diganggu badi setelah ia memgganggu makhluk tersebut boleh diubati dengan cara doa. Terdapat juga doa yang digunakan untuk mengelak badi.
Doa mengelak badi ialah ;
بِسْمِ الله الَّذِيْ لاَ يََضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَ لاَ فِي السَّمَاءِ وَ هُوَ السَّمِيْعُ العَليم

Untuk mengubati penyakit badi bolehlah menghubungi saya terus untuk temujanji rawatan.ِِ