Wednesday 20 February 2008

Bagaimana Mengubati Sakit Jiwa

Manusia dicipta oleh Allah dengan kekuatan yang terbatas.Bayangkan seseorang yang kuat boleh mengangkat besi seberat 100 gram umpamanya tidak akan mampu mengangkat yang lebih berat dari itu kecuali ada unsur-unsur luaran seperti menggunakan ilmu sihir. Begitu jualah kaiatannya dengan akal yang mana ia dinamakan 'aqal kalau mengikut lafaz asal b.arab iaitu عقل ertinya terikat atau terbatas. Oleh itu sesuatu yang mampu difikir oleh akal maka ia mampu memikirkannya adapun yang tidak mampu difikir oleh akal maka janganlah cuba-cuba difikirkan kelak nanti binasa lah akal itu. Oleh yang demikian kejadian-kejadian yang luar biasa dan ghaib seperti syurga, neraka, alam barzakh, jin, syaitan dan seumpamanya jangan lah difikir-fikirkan terlalu mendalam kerana ia tak mampu dilihat, malah ada yang bersifat wajib diimani seperti syurga, neraka, malaikat, dosa dan pahal dan sebagainya, kesemuanya merupakan perkara kejadian yang menduga sejauh mana kekuatan iman ada pada diri manusia untuk mempercayai dan mengimani kejadian-kejadian yang telah disebutkan tadi. Cukuplah panduan kita al-Quran dan hadis menyebut perkara-perkara itu.
Jadi penyakit jiwa datang dari sebab dan berpunca dari perkara yang disebutkan apabila sesuatu yang tak dapat difikirkan dicuba untuk difikirkan malah seseorang tidak boleh meyakini kesemua yang dikehendakinya itu akan tercapai atau terlaksana apatah lagi sesuatu yang amat sukar dicapai atau didapati, kerana kelak akan membinasa akal dan seterusnya menyebabkan sakit jiwa. Oleh itu ubat yang paling berkesan ialah membaca :

1- Ayat 1-3 surah nuun : hendaklah selalu dibaca dan dihembuskan ke dada pesakit atau dia sendiri membacanya sambil memegang dadanya.

2- membaca doa ini selalu ;
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحيمِ وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ
SELAMAT MENCUBA !

6 Comments:

At 5 March 2008 at 06:13 , Blogger rozana said...

Saya dah cuba semua doa yg ustaz bagi. Alhamdulillah. Cuma saya perlu dari semasa ke semasa berdiskusi/berdialog dgn ustaz bagi menghilangkan kekeliruan saya. Saya juga berminat utk menjadi salah seorang team member ustaz utk merawat pesakit2 wanita yg mengalami sakit jiwa. Adakah mungkin boleh dimulakan dgn ibu saya sendiri?

 
At 25 July 2009 at 17:24 , Blogger harum said...

asslamualaikum ustaz,

saya sudah lama menghidapi sakit jiwa, saya amat ingin sembuh.
sy menghadapi kesukaran berdepan dengan umum kerana sering mendapat gangguan dan terpaksa memencilkan diri. sy sangat sedih kerana itu. bantulah saya..

p/s:harumhappy@gmail.com

 
At 9 May 2010 at 03:34 , Blogger Razni said...

assalamualaikum.
saya adalah juga penghidap penyakit jiwa iaitu axienty disorder. saya sedih dengan hidup saya. saya ingin kembali bermasyarakat tapi seumpama tersisih. tolonglah saya dengan menggunakan email ini nar_u2@yahoo.com

 
At 13 March 2013 at 20:36 , Blogger Hina yang bererti said...

Assalamualaikum ustaz sy ad masalah,masalah saya sama.seperti harum

 
At 29 December 2014 at 06:47 , Blogger Unknown said...

Salam

 
At 29 December 2014 at 06:50 , Blogger Unknown said...

Assalamualikum ustaz saya mengalami penyakit axienty disoder.. 1 tahun saya malawan penyakit ni. Tampa sebarang ubat. Terasa xboleh kawal plak.Boleh ustaz bantu sya merawat penyakit ni. An_putra306@yahoo.com

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home