Wednesday 20 February 2008

Awas Perubatan Cara Kebatinan

Saya biasa mendengar malahan pernah terlibat dengan perubatan seperti penggunaan ilmu kebatinan. Jadi nasihat saya yang pernah melalui ilmu seperti itu tinggalkanlah dan carilah guru yang bertaraf ulamak seperti Dr. Haron Din dan yang seumpamanya, kerana golongan ulamak mengenali hukum halal dan haram, perkara yang berkaitan aqidah dan memhami b.Arab yang menjadi alat yang penting untuk memahami sumber-sumber ugama dari al-Quran, hadis-hadis dan kitab-kitab yang berbahasa arab. Golongan yang mengamalkan kebatinan biasanya apa yang saya lihat orang yang jahil dan kadang-kadang berlagak pandai, malahan tak tahu batasan syariat, soal solat yang fardhu wallahu a'lam apakah dijaga dan dilakukan atau tidak dan kadang-kadang isterinya pun tidak menutup aurat. Satu lagi ada perkara penting ilmu seperti ini biasanya akan mendapat tawaran dari makhluk halus seperti jin islam pada peringkat tertentu untuk menjadi khadamnya dan ramai yang sudah terpedaya dan merasa dirinya mempunyai martabat yang tinggi na'uzubillah.
Baru-baru ini saya terdengar kawan saya berceruta ada oarang indonesia bertaraf kiyai kononnya boleh berubat cara kebatinan. Ingatlah mereka ke sini untuk cari makan dan ramai orang Malaysia terpedaya. Ini cuma sekadar satu nasihat terpulanglah kepada sesiapa yang membaca blog ini untuk menilainya.
TAAT SETIA KEPADA ALLAH.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home